Saturday, June 6, 2009

Perjuangan II

Saturday, June 6, 2009
Pejuang...
Kaumasih tetap menanti
Sebuah keberhasilan dari langkahmu
yang tidak mati
Meskipun parut lama dan luka baru
terus berdarah
Kekadang bagaikan menanti masa
untuk rebah

Aduhai... pejuang
Di dadamu seribu rasa
yang sukar diberi erti
di balik senyuman
Tapi...
Kausaja yang mengerti

credit to : Tn Hj Ismail Hj Ahmad




Perjuangan

Kiranya...
Kaubisa memahami
Apakah ertinya sebuah perjuangan
Tentunya kautidak akan bertanya
Masa sunyi yang kaurasakan itu
Masihkah ada lagi sisa-sisa cinta

Cuma kita sering terpisah
Pada waktu yang cepat berlalu
Kuntum-kuntum bunga tak sempat lagi
Kukutip untukmu
Buat pengubat rindu

Bersabarlah...
Kerana kebahagiaan itu berada
Dibalik sebuah perjuangan...

credit to:Tn Hj Ismail Hj Ahmad



Mula

:pandaGeli_36:
Balik kampung berjumpa bonda,
Minum kopi Radix bersama ayahanda,
Salam perkenalan dari saya kak ida,
Kalau tak sihat mari saya merawat anda.

Jadikanlah ubat sebagai makananmu dan makanan sebagai ubatmu.



 
Design by Pocket